Lawatan Ke Aura Training Centre & Resort Bachok.

03 May 2017

Perbincangan bersama Chairman FTC serta Pihak Aura Training

KELANTAN 3.5.2017- Pengerusi Baru FTC, Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus bersama Pengawai Khas, En Syahmi telah mengadakan satu lawatan tapak ke Aura Training Centre & Resort, Bachok. Lawatan ini juga telah disertai oleh Penasihat Perniagaan FTC, En Kamaruzzaman B Sulaiman, serta Staf FTC Kota Bharu, Cik Nur Amira Binti Suhaimi dan Siti Aidah Abdul Aziz .Agenda lawatan pada hari ini adalah untuk mengadakan perbincangan antara pihak FTC dan pengurus Aura Training Centre & Resort, Dr Dania Abd Rahman  mengenai urusan jual beli resort dan beberapa strategik FTC akan lakukan selepas pengambilalihan resort tersebut. Selain itu, pihak resort ada memberi beberapa pandangan dan pendapat untuk FTC melaksanakan program dan aktiviti di Aura Training Centre & Resort, Bachok untuk pembangunan dan keberkesanan resort pada masa yang akan datang. Wakil Resort, En Ridhuan mengetuai Y.B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus bersama Pengawai Khas, En Syahmi melawat tapak Aura Training Centre & Resort, Bachok dan memberikan beberapa penerangan mengenai fasiliti dan blok – blok yang terdapat di sini. Di akhir lawatan, Datuk Shukur Bin Haji Idrus memberikan beberapa pandangan dan harapan mengenai hala tuju FTC selepas pengambilalihan resort yang mana ia nya memberikan satu peluang FTC adalam mempelbagaikan dan memperkembangkan lagi perkhidmatan sedia ada kepada bidang yang lebih baru dan di samping itu membantu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya golongan luar Bandar dalam meningkatkan pendapatan mereka.

Laporan Disediakan Oleh:
Nur Amira Binti Suhaimi


Program Usahawan Belia Luar Bandar Bergerak(MOBILEPRENUER@KKLW)

13 Apr 2017

Program Usahawan Belia Luar Bandar Bergerak(MOBILEPRENUER@KKLW)
merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan belia Luar Bandar yang memperlihatkan kecenderungan,minat serta kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sebagai sumber pendapatan.

klik di SINI untuk melihat PERKHIDMATAN ATAU SERVIS YANG DITAWARKAN serta SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN.


http://www.rurallink.gov.my/borang-permohonan-mobilepreneur/


Klik di SINI untuk muat turun BORANG PERMOHONAN PROGRAM MOBILEPRENUER.


http://www.rurallink.gov.my/…/06/BORANG-MOBILEPRENEUR-2017.…


Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pihak FELCRA Training And Consultancy di talian 03-41433491 atau pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW)


FTC, Awfatech jalin kerjasama strategik

23 Mar 2017

Rohaizat (kiri) dan Razali (kanan) bertukar-tukar dokumen perjanjian, sambil disaksikan Abdul Shukur (belakang, kiri) dan Sohaimi.

KUALA LUMPUR - Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) bekerjasama dengan Awfatech Global Sdn Bhd (Awfatech), penyedia aplikasi pengkomputeran awam, bagi cadangan membuka 100 pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) baharu di kawasan luar bandar, di seluruh negara.

Program bertujuan meningkatkan kapasiti teknologi maklumat (IT) di kawasan luar bandar itu, mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Pengerusi FTC, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, keutamaan pembukaan pusat ICT baharu diberikan kepada kawasan penempatan Felcra, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan RTC mini.

"Ada beberapa lokasi di seluruh negara sudah dikenal pasti. Kami masih dalam proses untuk memuktamadkan dari segi bajet dan tempat dengan kementerian.

"Projek ini dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara FTC dan Awfatech di Kuala Lumpur, semalam.

MoU itu ditandatangani Pengarah Urusan FTC, Rohaizat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Awfatech, Razali Ahmad.

Abdul Shukur berkata, kerjasama strategik itu merupakan langkah inisiatif di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), di samping memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan impak maksima.

"Pembukaan pusat ICT baharu itu bakal meningkatkan lagi tahap penguasaan penduduk luar bandar terhadap teknologi, selain dapat bantu promosi produk dan perniagaan menerusi platform e-dagang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Awfatech, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Awfatech akan menggunakan kepakarannya dalam ICT untuk membawa teknologi dan kemudahan akses digital ke kawasan luar bandar.

Katanya, Awfatech akan membantu melatih usahawan dalam talian, terutama dari luar bandar untuk mentransformasikan kaedah perniagaan konvensional kepada digital, menerusi e-latihan, e-usahawan dan lain-lain.

"Kami juga terlibat dalam menyelaraskan sistem dalam latihan untuk semua usahawan, dengan memberikan pendedahan dan modul lengkap kepada masyarakat luar bandar," katanya.

Sumber Disediakan Oleh :
Sinar Harian


Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Di Antara FTC dan AIM WA

14 Mar 2017

Sesi Pertukaran Memorandum Perjanjian Bersama Pihak FTC dan AIMWA.

KUALA LUMPUR 14 MAC 2017 - Telah berlangsungnya memorandum perjanjian (moa) di antara pihak FTC dan Australian Institute Of Management Western Australia (AIM WA) di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan FTC, Tn Haji Rohaizat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Professor Gary Martin.

Tujuan moa ini diadakan adalah untuk menjalinkan kolaborasi dan meningkatkan sinergi perniagaan di antara dua syarikat di dalam program pembangunan sosial. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Persidangan Kepimpinan Strategik. Majlis telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, En Zulkarnain Md Eusope, Dato Abdul Shukor ,Pengerusi FTC, dan Pegurus Besar Kumpulan Modal Pembangunan Insan FELCRA Berhad, Tn Haji Ali Bin Mohamad. 

Laporan Disediakan Oleh :
Muhammad Syafiq Hakim Bin Kamarudin. 


Strategic Leadership Conference 2017

14 Mar 2017

Sesi Penyerahan Plug Kepada Moderator YB Senator Admiral Tan Sri Mohd. Anwar bin Mohd

 

KUALA LUMPUR  14 MAC 2017 - Satu persidangan antarabangsa yang bertajuk “Strategic Leadership Conference 2017 yang bertemakan Unlocking The Leadership Frontiers” telah diadakan, dan ianya merupakan projek kerjasama diantara FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd. (FTC) dengan Australian Institute of Management Western Australia (AIM WA) selama sehari di The Royale Chulan Kuala Lumpur, Malaysia. 


Dan persidangan tersebut telah disampaikan oleh dua orang wakil penceramah iaitu YB Senator Admiral Tan Sri Mohd. Anwar bin Mohd. Nor wakil daripada Malaysia dan Dr. Shaun Ridley yang merupakan salah seorang penceramah yang terkemuka  daripada Australia. Turut dihadiri seramai tiga orang wakil moderator daripada Malaysia iaitu Dr Zainab binti Mohd Noor, Mr Raimee Tamin dan juga Dato Dr. Mohd Ghazali Md Noor.

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Zulkarnain Md. Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif, FELCRA Berhad. Selain daripada itu,sebelum persidangan berlangsung lebih daripada 200 orang peserta  terdiri daripada pelbagai sector Awam dan Swasta yang menghadiri persidangan tersebut telah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) diantara FTC dengan AIM WA dan Telah Ditandatangani Oleh Pengarah Urusan FTC, Tn Haji Rohaizat Ahmad Dan Emeritus Profesor Gary Martin, Ketua Pegawai Eksekutif, AIM WA. Tujuan MOA Ini Diadakan Adalah Untuk Menjalinkan Kolaborasi Dan Meningkatkan Sinergi Perniagaan Di Antara Dua Syarikat Di Dalam Program  Pembangunan Sosial.


Laporan Disediakan Oleh :
Mohd Aehsan Bin Wasli. 

 


Usrah Kaseh Bersama Tuan Haji Rohaizat

24 Feb 2017

Bacaan Mathurat Bersama Tuan Haji Rohaizat Dengan Staff FTC.

Kuala Lumpur, 24 Februari 2017 - pihak pengurusan FTC telah mengadakan usrah bulanan yang dikendalikan oleh Pengarah Urusan FTC sendiri. Pada hari tersebut sebilangan staf membuat pementangan tugasan yang mereka telah terima. Seramai 5 orang staf iaitu Mohd Fadli bin Abd Hasim, Anisah binti Yusof, Fatimah binti Sulaiman, Norilhami binti Izhar dan Mohammad Azri bin Abdul Aziz.

Tajuk yang dibentangkan oleh En. Mohd Fadli ialah Laksamana ChengHo.

Pada Dinasti Ming, lahirnya seorang seorang pakar penjelajah, pelaut, duta, dan laksamana armada. Beliau ialah Laksamana Cheng Ho atau lebih dikenali sebagai Zheng He. Dia dilahirkan pada 1371, di wilayah Yunnan. Dia berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada Maharaja Yongle China (memerintah 1403–1424), maharaja ketiga bagi Dinasti Ming. Antara 1405 dan 1433, kerajaan Ming membiayai siri lapan ekspedisi laut, dipimpin oleh Zheng He ke Lautan India, dan sejauh sehingga ke Afrika Timur. Sejarahwan Gavin Menzies mendakwa bahawa Zheng He mengembara ke Afrika Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Greenland, Antartika dan Australia dan kebanyakan dunia lain.

p/s: Difahamkan Laksamana Cheng Ho adalah orang Islam.

 

Tajuk yang dibentangkan oleh Cik Anisah ialah Nabi Musa a.s.

Nabi Musa dilahirkan di Negeri Mesir pada masa pemerintahan Raja Firaun, ibunya bernama Yukabad dan ayahnya bernama Imran bin Yashar. Raja Firaun seorang Raja yang zalim dan kejam. Waktu itu dikeluarkan undang-undang apabila ada bayi lahir laki-laki, harus dibunuh dan apabila lahir bayi wanita dibiarkan hidup saja. Ketika Musa lahir, ibunya takut sekali, ia khawatir Musa akan dibunuh tetapi Allah SWT memberikan ilham agar bayi itu ditaruh di dalam peti kemudian dihanyutkan ke sungai Nil. Akhirnya, peti yang berisi bayi itu ditemukan oleh Asyiyah istri Firaun. Asyiyah memohon kepada suaminya agar bayi itu tidak dibunuh, tetapi dijadikan anak angkat saja.

 

Suatu ketika Nabi Musa diperintahkan agar belajar ilmu pada Nabi Khidir AS, tujuannya agar tidak lupa diri, sombong, dan mengaku dirinya yang paling pintar. Akhirnya Nabi Musa menyedari bahawa Nabi Khidir ternyata lebih pandai dari pada dirinya. Nabi Musa wafat pada usia 123 tahun dan Nabi Musa wafat setelah tugas kenabiannya telah selesai.

Mukjizat Nabi Musa adalah :

  1. Tongkatnya dapat berubah menjadi ular yang besar.
  2. Tongkatnya dapat mengeringkan lautan bila dipukulkan.
  3. Tongkatnya dapat memancarkan air dari batu bila dipukulkan.
  4. Dapat menghidupkan orang yang telah mati dengan seizing Allah SWT.


Tajuk yang dibentangkan oleh Puan Norilhami ialah Jaafar Bin Abi Thalib.

JAAFAR bin Abi Talib atau dikenali dengan gelaran Jaafar at- Taiyar merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja mempunyai bentuk badan dan raut wajah yang menyerupai Rasulullah, malah perangainya juga seakan-akan sama dengan baginda.Beliau adalah seorang pemuda yang jujur, amanah, bijak, dan termasuk salah seorang pelopor ternama Islam.

Jaafar memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya Amma binti Umais pada hari yang sama. Mereka berdua bersama-sama menanggung segala pahit perit dengan ketabahan tanpa memikirkan bilakah penderitaan itu akan berakhir.Mereka juga telah menyertai rombongan awal kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad, Abdullah dan Auf.

Selama berada di Habsyah, Jaafar menjadi jurubicara yang lancar dan sopan sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya. Itulah nikmat Allah yang tidak ternilai dikurniakan kepadanya. Ini berlaku semasa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.Penghijrahan itu membuatkan puak Quraisy berasa tidak senang hati. Maka mereka pun menghantar utusan untuk mempengaruhi dan memperdayakan pemerintah Ethiopia. Pemerintah Habsyah ketika itu bernama Najashi (Negus) yang menganut agama Nasrani.

Utusan puak Quraisy telah membawa banyak hadiah untuk memujuk pemerintah Habsyah agar tidak membenarkan kaum Muslimin tinggal di sana.Najashi sebagai pemerintah telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan itu dihadiri oleh kaum Muslimin, puak Quraisy dan pemimpin-pemimpin agama Najashi. 

Jaafar telah syahid ketika menyertai peperangan Muktah. Beliau berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun beliau cedera, namun panji Islam masih tetap dipeluk kukuh di celah-celah pangkal dada dan lengannya. Pada waktu itu, kedua-dua belah tangannya telah pun putus dipotong oleh pihak musuh.Ketika beliau syahid, terdapat lebih 90 kesan tikaman pada seluruh badannya.

Rasulullah menyifatkan kedudukan Jaafar sebagai burung bersayap dua di syurga.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Fatimah Binti Sulaiman. 



Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman diantara FTC dan Intellineeds

06 Feb 2017

Sesi Menandatangani Perjanjian Memorandum Diantara FTC Dan Intellineeds Di Pejabat FTC.

KUALA LUMPUR 6.FEBUARI.2017  - Telah Berlangsungnya Memorandum Perjanjian Diantara Pihak Ftc Dan Pihak Intellineeds Sdn Bhd. Memorandum Persefahaman Tersebut Telah Ditandatangani Oleh Pengarah Urusan Ftc, Tn Haji Rohaizat Ahmad Dan Pengarah Urusan Intellineeds Sdn Bhd, Pn Faradilla Anwar.

Tujuan Moa Ini Diadakan Adalah Untuk Menjalinkan Kolaborasi Dan Meningkatkan Sinergi Perniagaan Di Antara Dua Syarikat Di Dalam Program  Pembangunan Sosial. Antara Program Yang Telah Dicadangkan Adalah Program Bahasa Inggeris Dan Program Kepimpinan Korporat. Majlis Telah Dihadiri Oleh Md Ftc, Md Intellineeds, Wakil Intellineeds, Advisory Ftc,Pn Rosmawati, Dan Ketua Unit Serta Ketua Bahagian Ftc.

Laporan Disediakan Oleh :
Muhammad syafiq hakim bin kamarudin


Program Latihan Staff (PLS) Bulan Januari

20 Jan 2017

Sesi Perkongsian Dari Staff FTC Yang Berlangsung Di Icafe FTC.

KUALA LUMPUR 20.Januari.2017 - Usrah bersama Pengarah Urusan, Tuan Haji Rohaizat dimulakan dengan bacaan Al-Mathsurat pada pagi itu berserta bacaan Al-kahfi yang dibaca 3 ayat setiap sorang staf. Kemudian pembentangan mengenai Abu Ayub Al Ansari oleh Cik Nur Ain Zahirah dan Peristiwa di Mekah sebelum Hijrah oleh En. Najib.

Abu Ayub Al Anshari Al Khazraji, An-Najjari dan Al Badri.
Nama aslinya adalah Khalid bin Zaid bin Kulaib.

Beliau dikenali semasa peristiwa hijrah apabila mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda ditakdirkan untuk mendiami rumah beliau setelah baginda sampai ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Dia seorang pemimpin besar yang diutus oleh Nabi SAW secara khusus untuk singgah di bani Najjar hingga dibangunkan untuknya kamar untuk Ummul Mukminin Saudah dan sebuah masjid yang mulia. 

Abu Ayyub al-Ansari RA adalah seorang yang berhati lembut, sangat menyayangi baginda Rasulullah SAW, sangat pemurah, gemar memberi makan kepada orang lain serta beliau juga memiliki sebatang pohon kurma yang mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya sekeluarga.

Selain itu, Abu Ayyub al-Ansari RA juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.Begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam.Kesemua peperangan telah beliau sertai melainkan jika ada peperangan yang berlaku serentak. Malah Abu Ayyub al-Ansari RA tidak pernah ketinggalan menurut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman Kerajaan Umayyah.

Peristiwa di Mekah sebelum hijrah.

i. BANJIR BESAR


Waktu itu kota Makkah dilanda banjir besar yang meluap sampai ke Masjidil Haram.
Orang-orang Quraisy menjadi khawatir banjir ini akan dapat meruntuhkan Ka’bah.
Untuk pembaikan Ka’bah ini, orang-orang Quraisy hanya menggunakan harta yang baik-baik saja. Mereka tidak menerima harta dari hasil melacur, riba dan hasil rampasan perang. Rasulullah sendiri ikut bersama-sama yang lain membangunkan kabah.

ii. PELETAKAN HAJAR ASWAD
 Ketika pembangunan sudah sampai ke bahagian Hajar Aswad, bangsa Quraisy berselisih tentang siapa yang mendapatkan kehormatan untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempatnya semula sehingga menyebabkan pertumpahan darah.
Rasulullah S.A.W berkata, bagaimana kalau begini saja. Siapa yang lebih dahulu besok pagi memasuki masjid ini maka dialah yang berhak meletakan hajar aswad itu ketempatnya semula dan disepakati oleh pemuda pemuda Quraisy. Pada pagi harinya Nabi telah berada dalam masjid lebih dahulu daripada pemuda pemuda Quraisy itu dan merekapun mematuhi apa yang telah disepakatinya, maka diberikanlah kesempatan kepada Nabi Untuk meletakan Hajar aswad itu ketempatnya semula. Kemudian Nabi membentangkan serbannya yang 4 persegi, kemudian diletakannya hajar aswad itu diatas serbannya, dan disuruh oleh Nabi agar 4 orang pemuda pemuda Quraisy itu  memegang sudut serbannya dan mengangkatnya bersama-sama.
Kesimpulan pembicaraan kita ini, Nabi Muhammad Digelari AL-AMIN sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul kerana beliau memiliki 5 sifat yang mulia:
1.      SIDIK (JUJUR)
2.      AMANAH 
3.      AL-HILMU ARTINYA PENYANTUN
4.      AL-HAYAK ARTINYA PEMALU
5.      TAWADUK ARTINYA RENDAH HATI

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Fatimah Binti Sulaiman. 


Majlis Penyerahan Mobilepreneur Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup Negeri Johor tahun 2017

17 Jan 2017

Majlis Penyerahan Mobilepreneur Peringkat Negeri Johor

JOHOR 17.Januari.2017 - Majlis Penyerahan Mobilepreneur Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 17 Januari 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Produktiviti, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Johor Bahru bersempena dengan program Lawatan Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob ke Negeri Johor.

 

FTC telah melaksanakan penyerahan Usahawan Bergerak atau lebih dikenali dengan Mobilepreneur kepada 340 orang peserta di seluruh Negara untuk tahun 2016. Majlis Penyerahan ini adalah untuk kali yang ke 8 yang juga Majlis terakhir bagi peruntukan tahun 2016. Seramai 17 orang peserta dari sekitar Negeri Johor telah menerima bantuan peralatan Mobilepreneur berupa sebuah motosikal yang telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta peralatan berkaitan projek ekonomi penerima. Para penerima Mobilepreneur kali ini terdiri dari mereka yang berada dalam bidang Automotif, Elektrik, Jahitan, Kimpalan, Motorsikal, Elektronik, Komputer dan Penghawa Dingin (Aircond).

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada sesi lawatan rasmi beliau ke Negeri Johor pada 15 – 17 Januari 2017. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketuas Setiausaha (TKSU) Dasar KKLW, YBhg. Dato Azizan bin Mohamad Sidin, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Tuan Zulkarnain Md Eusope, Dato Baharom bin Mohamed, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad merangkap Ahli Parlimen Sekijang, Ketua-ketua Pengarah agensi di bawah KKLW, Pengurus Besar Kumpulan (PBK) FELCRA Berhad, Pengurus Besar Wilayah (PBW) Johor, Pengurus-pengurus Kawasan Negeri Johor serta warga peserta FELCRA Negeri Johor.  

 

Yang Berhormat Menteri KKLW amat berharap dengan bantuan yang diberikan dapat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia berkemahiran di masa akan datang. Inisiatif Usahawan Bergerak yang dicetuskan pada Disember 2015 ini dilihat dapat memberi nafas baru dalam bidang usahawan masa kini yang perlu peka dan kreatif seiring dengan permintaan gaya hidup masyarakat moden yang rata-ratanya memilih  perkhidmatan atas talian dan pantas sebagai keutamaan kepada perkhidmatan terbaik

Laporan Disediakan Oleh :
Siti Hajar  binti Abdul Aziz


Program Latihan Staff (PLS) Awal Bulan Januari.

13 Jan 2017

Usrah yang disampaikan oleh Tuan Haji Rohaizat b. Ahmad Pengarah Urusan FTC.

KUALA LUMPUR 13.JANUARI.2017 - Apa itu usrah? Usrah ialah satu perjumpaan dan perbincangan. Ataupun keluarga.

Rukun usrah : 1. Attaaruf – suaimesra

2. Tafahum – saling memahami

3. Takaful – bantu membantu

Dalam sesi awal tahun, Tuan Haji menekan kan :

1. Adab membaca Al-Quran

Seperti memperbetulkan cara bacaan dan turutan surah mengikut turutan.

2. Khalifah di atas bumi.

Kita umat manusia setiap satu nya ialah khalifah. Kita seharusnya saling menasihati dan menolong

sesama umat yang berada diatas bumi Allah ini. Berpesan pesan dengan kesabaran. Sabar dalam

mendapat nikmat dan ujian. Dan juga sejauh mana hubungan kita sesame umat islam yang lain.

3. Demi masa.

Sesungguhnya setiap manusia berada didalam kerugian kecuali mereka yang beriman. Orang yang

beriman itu adalah yang beramal soleh. Beramal soleh itu yang membuat kerja yang baik.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Fatimah Binti Sulaiman. 


Majlis Pesaraan Perkhidmatan En Abu Bakar b. Yunos

10 Jan 2017

Pengarah Urusan FTC Tuan Haji Rohaizat b. Ahmad menyampaikan cenderahati kepada En. Abu Bakar b. Yunos tanda Penghargaan.

KUALA LUMPUR 9.JANUARI.2017 - Majlis diacarakan oleh Cik Sharifah Atikah dan Majlis diadakan bagi meraikan ULANG TAHUN KELAHIRAN STAFF FTC bagi bulan JANUARI 2017 dan TAMAT PERKHIDMATAN 2016.Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Saudara Kamarul Ariffin bagi memberkati lagi majlis ini.

Antara lain objektif utama majlis ini adalah bagi menghargai dan meraikan warga kerja, menjaga kebajikan setiap warga, seterusnya memupuk hubungan fillah sesama warga FTC

Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan ucapan dari Tn. Hj. Rohaizat B. Ahmad selaku pengarah Urusan FTC yang telah membuat sedikit perubahan sempena tahun 2017 dengan menjalankan majlis dimana menjemput yang dirai untuk taaruf dan memberi sepatah dua kata serta komitmen terhadap FTC dimasa akan datang.

Kemudian majlis seterusnya adalah meraikan staf yang tamat perkhidmatan iaitu En Abu Bakar Yunos dimana dibacakan sedikit biodata tentang beliau yang dibacakan oleh saudara Mohd Najib.

Beliau yang dilahirkan pada 25 Jun 1958 dan berasal dari Johor Bharu, Johor Darul Takzim.
Berkelulusan dalam Master in Management Accounting & Planning dari Universiti Utara Malaysia.
Dikurniakan 4 orang cahayamata dan beliau kini menetap di Ampang, Selangor.
Tanggal 1 Julai 2009, beliau mula berkhidmat di FTC sehingga 31 Disember 2016.
Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan sangat dihormati. 
Seorang yang suka membantu tak kurang juga mengkritik tetapi beliau sungguh jujur. 
Seorang yang boleh dirujuk,  sangat sensitive dan unik  orangnya.
Walau apapun beliau, kami tetap sayang dan hormati beliau dan beliau adalah Tn Hj Abu Bakar bin Yunos.
Majlis seterusnya menjemput En Abu Bakar untuk menyampaikan kata-kata terakhirnya di FTC. Di dalam ucapannya, beliau yakin yang FTC akan maju kehadapan dan bangga kerana pernah menjadi salah seorang staf FTC yang pasti akan diceritakan pada cucunya suatu hari nanti.

Setelah selesai ucapannya, disampaikan sedikit cenderahati oleh MD FTC kepada En Abu Bakar sebagai tanda ingatan.
Akhir sekali majlis menjemput saudara Kamarul Ariffin untuk membacakan doa makan untuk menjamu selera.

Laporan Disediakan Oleh:
Suraya Binti Kasdon


Lawatan Sulung YB Datuk Pengerusi FTC ke Ibu-pejabat FTC Sri Rampai, Kuala Lumpur.

09 Jan 2017

YB Datuk Pengerusi FTC bersama Pengarah Urusan FTC Serta Penasihat Syarikat dan Staff Syarikat FTC

KUALA LUMPUR 9.JANUARI.2017 - Pengerusi FTC yang baru, YB Datuk Abdul Shukur bin Haji Idrus telah mengadakan lawatan sulung rasmi beliau ke ibu-pejabat FTC di Sri Rampai, Kuala Lumpur pada 9 Januari 2017 (Isnin) bermula 10.00 pagi. Kedatangan YB Datuk Pengerusi disambut oleh Pengarah Urusan serta barisan Ketua Unit dan Ketua Bahagian di i-café FTC.

Lawatan sulung YB Datuk Pengerusi ini merupakan lawatan pengenalan beliau bersama dengan staf-staf di ibu-pejabat di Sri Rampai. YB Datuk Pengerusi telah pun mengadakan lawatan rasmi beliau ke Wisma FTC di Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2017 (Khamis) bersama-sama Pengarah Urusan, Tuan Haji Rohaizat bin Ahmad serta barisan ‘Advisory’ FTC. 

Selain dari lawatan, YB Datuk Pengerusi juga turut serta menghadiri sesi pembentangan Profil Korporat FTC serta hala tuju syarikat bagi jangka masa 5 tahun akan datang serta program-program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2017. 

Di kemuncak lawatan, YB Datuk Pengerusi menyampaikan amanat di dalam ucapan aluan beliau yang mana memberi inspirasi kepada staf supaya lebih berusaha gigih demi mencapai objektif serta wawasan syarikat serta lebih produktif sepanjang masa tidak mengenal waktu dan juga akan bersama-sama menghadapi segala rintangan dengan harmoni tanpa sebarang anasir negatif.

YB Datuk Abdul Shukur bin Haji Idrus merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kawasan N.13 Kuang dan juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Selayang, Selangor.

Laporan Disediakan Oleh:
Mohammad Azri Bin Abdul Aziz


Kunjungan Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus Pengerusi FTC Ke Pejabat FTC Kota Bharu

20 Dec 2016

Tuan Haji Rohaizat Ahmad ,Ketua bagi Program FELCRA Berhad,  Mr Daljit Singh A/L D. Kartar Singh, Penasihat Perniagaan FTC, En Kamaruzzaman B Sulaiman

KOTA BHARU 5.JANUARI.2017 - Pihak FTC Kota Bharu telah menerima kunjungan buat julung – julung kalinya oleh Pengerusi Baru FTC, Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan FTC, Tuan Haji Rohaizat Ahmad ,Ketua bagi Program FELCRA Berhad,  Mr Daljit Singh A/L D. Kartar Singh, Penasihat Perniagaan FTC, En Kamaruzzaman B Sulaiman, Pn. Rosmawati Binti Ibrahim dan En Zuhair Bakri B Abu Bakar serta Staf FTC Kota Bharu, Cik Nur Amira Binti Suhaimi dan Toni Bin Jaafar. Agenda perjumpaan pada hari ini adalah Pengenalan Wisma FTC Kota Bharu, Penasihat Perniagaan serta Staf FTC Kota Bharu, Pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Wilayah Timur 2017 serta Pelan Pembangunan Wisma FTC Kota Bharu 2017 dan Program – program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2017.

Dalam Lawatan ini, Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus melawat lot – lot bangunan seperti Bilik Pengarah Urusan FTC, pejabat pengurusan FTC, Bilik Mesyuarat,  Dewan Kuliah dan Bengkel Pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK). Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus juga sempat beramah mesra bersama – sama Para Usahawan berada di bawah bimbingan FTC dan juga menyewa di bangunan Wisma FTC Kota Bharu seperti daripada syarikat Sempurna Sejahtera Trading (Menjual Pakaian), Triple Orange Trading (Menjual Peralatan Cenderahati) dan Berkat Batik Design (Tempat Membuat Batik), Perfect Haircut Entprise (Perkhidmatan Gunting Rambut Lelaki) dan Alika Salon & Spa (Perkhidmatan Spa & Kecantikan). Beliau berasa teruja melihat produk – produk yang dipasarkan oleh para usahawan ini, yang mana beliau beranggapan produk – produk yang dihasilkan sendiri oleh para usahawan yang mana merupakan bekas pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) boleh dikomersialkan lagi bukan sahaja di seluruh Malaysia bahkan di Negara – Negara luar juga. Pengarah Urusan FTC, Tuan Haji Rohaizat Ahmad berharap agar lawatan atau kunjungan Y. B Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus buat pertama kali ini ke Wisma FTC Kota Bharu menjadi satu titik permulaan dalam perjalanan FTC untuk menjana tranformasi penduduk tempatan Wilayah Timur iaitu Pahang, Terangganu dan Kelantan menjadi Usahawan yang kreatif dan juga proaktif terhadap pelan dan aktiviti perniagaan mereka serta dalam masa yang sama memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Seterusnya, membantu mereka dalam mempertingkatkan taraf hidup serta pendapatan dan ekonomi negara.


Laporan Disediakan Oleh:
Nur Amira Binti Suhaimi


Program Latihan Staf Minggu Ketiga Bulan Disember

16 Dec 2016

Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Rohaizat Ahmad kepada Staff

KUALA LUMPUR 16.DISEMBER.2016 - pihak pengurusan FTC telah mengadakan Program Latihan Staff (PLS) bagi bulan Disember. Pihak pengurusan FTC telah menjemput MD FTC sebagai Penceramah jemputan. Tajuk utama yang dibicarakan oleh MD pada program usrah minggu ini  adalah berkaitan Sejarah kebangkitan Islam dan bagaimana setiap negara yang telah ditawan oleh orang Islam pada ketika itu. MD juga mengkaitkan Kebangkitan Islam itu dengan sejarah Melayu sebelum ini. Antara yang dijelaskan oleh MD ialah :

i.    Cara penaklukan Sultan Al-Fateh

ii.    Asal usul kepulauan Melayu
iii.    Wali Songo
iv.    Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhamad ketika di Mekah
v.    Kisah sebelum Nabi Muhamad sebelum menjadi Rasul
vi.    Kehebatan Tamadun Habasyiah


Laporan Disediakan Oleh:
Fatimah Binti Sulaiman


Majlis menandatangani memorandum diantara pihak FTC dan Adecco DI Premiera Hotel Kuala Lumpur.

29 Nov 2016

Sesi pertukaran MOU oleh Tuan Haji Rohaizat Bin Ahmad (Pengarah Urusan FELCRA Training And Consultancy) bersama Wakil dari Addec disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Abdullah (Pengerusi FTC juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad) dan YBhg. Encik Zulkarnain Bin Md Eusope (Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad)

KUALA LUMPUR 29.NOVEMBER.2016 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak FELCRA Training & Consultancy (FTC) pada 29 November 2016 (Selasa) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan 2, Premiera Hotel, Kuala Lumpur. 

FTC telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Adecco Staffing and Outsourcing yang membolehkan kolaborasi dalam Program Pembangunan Modal Insan dalam memperkukuhkan kekuatan mereka dalam Talent & Competency Assessment.

Pengarah Urusan FTC, Tuan Haji Rohaizat Ahmad menandatangani (MOU) bagi pihak FTC manakala Puan Alma Othman, Pengurus Besar Adecco Malaysia adalah wakil bagi pihak Adecco . Majlis tersebut disaksikan oleh Tuan Zulkarnain Md Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dan Y.Bhg. Dato 'Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi FTC. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah FTC dan FELCRA Berhad serta beberapa orang kakitangan FTC yang lain. 

Majlis menandatangani dokumen MOU itu telah disaksikan sendiri oleh En.Mohd. Khairil Amir Bin Abdul Rahman selaku Head of Strategy and Business Development dan Puan Badariyah Bte Baharudin wakil dari Adecco Staffing and Outsourcing. 
 
Melalui kerjasama ini, pihak FTC dapat merangka pelan strategik jangka masa panjang dalam pembangunan Modal Insan bersama pihak Adecco. Penglihatan FTC adalah untuk melihat bakat baru dan berkhidmat dalam syarikat GLC dan multinasional dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Laporan Disediakan Oleh:
Nur Bashariah Binti Ismail


Program Bijak Sifir dan Ekpresi Minda Siri 1 2016

27 Nov 2016

Staff FTC
  Serta Para Peserta Dari Sekolah Rendah Dan Menengah Sekitar Kota Bharu.

KOTA BHARU 27.NOVEMBER.2016 - Program Bijak Sifir dan Ekpresi Minda merupakan satu program yang diadakan untuk meningkatkan minat dan hafalan sifir dikalangan pelajar dari sekolah rendah dan menengah . Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar antara peserta khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Kaedah yang digunakan ialah ‘FCM KAD”iaitu Fikir Cara Mudah Kaedah Darab. Disamping itu, program ini  membantu para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan meningkatkan motivasi mereka sepanjang musim cuti sekolah ini.

 Sempena musim cuti sekolah ini, FELCRA Training & Consultancy bersama Majlis Guru Besar Negeri Kelantan dan FCM Card Group telah menganjurkan program Bijak Sifir & Ekpresi Minda Siri I. Program ini telah berlansung selama sehari pada 27 November 2016 (Ahad) di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu  seramai 32 orang peserta dari Sekolah Rendah dan Menengah sekitar Kota Bharu. Dengan bayaran serendah RM 50.00 peserta boleh memperolehi satu kaedah yang mudah dan pantas dalam menyelesaikan soalan darab atau sifir ini. Yang mana kita boleh lihat sendiri, sukar untuk seseorang pelajar menguasai subjek matematik jika mereka kurang memahami konsep darab itu sendiri . Dengan itu, pendekatan yang diberikan oleh penceramah, Encik Fauzi Che Mood mudah difahami bukan sahaja di peringkat sekolah rendah malah pelajar dari Tadika juga. Bagi Program Bijak Sifir & Ekpresi Minda Siri I telah mendapat pujian dari para ibu bapa dan mereka berminat untuk menghantar anak – anak mereka pada siri – siri akan datang. Ini adalah salah satu impak yang baik yang mana pihak FELCRA Training & Consultancy mahu membantu Ibu bapa dalam meningkatkan pretasi pembelajaran anak – anak mereka bukan pada waktu persekolahan sahaja tetapi pada musim cuti sekolah ini. 

Laporan Disediakan Oleh:
Nur Amira Binti Suhaimi


Majlis Penyerahan Mobilepreneur ke arah menangani kos sara hidup peringkat negeri Sarawak tahun 2016.

26 Nov 2016

Para Peserta bersama motosikal yang diperolehi

Majlis Penyerahan Mobilepreneur Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada 26 November 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Kuching, Sarawak.

FTC telah melaksanakan penyerahan Usahawan Bergerak atau lebih dikenali dengan Mobilepreneur kepada 340 orang peserta di seluruh Negara untuk tahun 2016. Majlis Penyerahan ini adalah untuk kali yang ke 5 bagi peruntukan tahun 2016. Seramai 100 orang penerima dari sekitar Negeri Sarawak telah menerima bantuan peralatan Mobilepreneur berupa sebuah motosikal yang telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta peralatan berkaitan projek ekonomi penerima. Para penerima Mobilepreneur kali ini terdiri dari mereka yang berada dalam bidang Automotif, Kimpalan, Motorsikal dan Elektronik.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, YBhg. Dato Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pembangunan KKLW, Ketua Pegawai Operasi (COO) FELCRA Berhad, En. Zainal Abidin bin Shariff, Kakitangan Pejabat Cawangan Negeri (PCN) Sarawak, wakil agensi negeri di bawah KKLW, Pengurus Besar Wilayah (PBW) Sarawak dan para pelajar Giat MARA Kuching.  

Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam ucapan beliau amat berharap dengan bantuan yang diberikan dapat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia berkemahiran di masa akan datang terutamanya mereka yang bermastatutin di kawasan pendalaman. Inisiatif Usahawan Bergerak ini dilihat dapat memudahkan capaian perkhidmatan dalam kalangan penduduk luar Bandar yang jauh dari pekan atau kota besar untuk mendapatkan perkhidmatan yang diingini



Program Latihan Staff (PLS) Akhir Bulan November.

25 Nov 2016

Ceramah yang disampaikan oleh PU Izzat Fathi Bin Hisham di pejabat FTC.

KUALA LUMPUR 25.NOVEMBER.2016 - Pihak pengurusan FTC telah mengadakan Program Latihan Staff (PLS) bagi bulan November. Pihak pengurusan FTC telah menjemput PU Izzat Fathi Bin Hisham sebagai Penceramah jemputan. Usrah selama 2 jam telah dimanfaatkan dengan ilmu yang cukup bernilai dengan tajuk “REDHO”. Dalam mencapai nilai Redho kita haruslah mempunyai nilai ITQAN.

i. “I” – Istiqomah. Kita haruslah beristiqomah dalam kerja yang kita lakukan. Kualiti kerja yang konsisten dapat menjamin rezeki yang barokah.
ii. “T”- Taubat. Berkerja dengan tekun dan boleh membuat kerja yang pelbagai/pelbagai kerja/perluaskan skop kerja. Jangan takut dan terikut-ikut pada perkara yang tak perlu.
iii. “Q”- Qana’ah. Sentiasa menyemai sifat syukur. Allah akan menilai setiap kebaikan walaupun sekecil-kecil kebaikan.
iv. “A”- Amanah. Melaksanakan tugas dengan kadar yang terbaik. Setiap orang haruslah mempunyai semangat juang yang tinggi.
v. “N”- Nizom. Disiplin dan kejayaan. Seharusnya kita tahu. Disiplin adalah nilai yang penting untuk Berjaya dalam sesuatu perkara. Kerana tanpa disiplin tidak tercapai sesuatu kejayaan.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Fatimah Binti Sulaiman. 


Program Latihan Staf Minggu Pertama Bulan November

04 Nov 2016

Usrah Bersama Tuan Haji Rohaizat Ahmad MD FTC

Tajuk utama yang dibicarakan oleh MD pada program usrah minggu ini  adalah berkaitan Kepentingan Sistem  Amal Berpandukan Al-Quran. Antara isi ceramah beliau adalah keagungan serta mukjizat Al-Quran yang merupakan petunjuk aturan dalam kehidupan  manusia sebelum alam semesta ini diciptakan hingga hari kiamat. Al Quran adalah buku untuk mengenal siapa Tuhan Pencipta alam semesta, apa perintah dan larangan-NYA yang ditujukan untuk seluruh umat manusia dimuka bumi ini.  Dan Al Qur'an itu juga sebagai peringatan bagi seluruh umat manusia. 

MD juga menekankan kepentingan memahami makna dan isi kandungan al-Quran untuk menjadi khalifah yang berIman dan berAmal Soleh. Dua ayat yang disebut oleh MD berkenaan Iman Dan Amal Soleh.

i)Surah Al-Baqarah, Ayat 82

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُون


Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.

ii)Surah Al-Baqarah, Ayat 77

أَوَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُون


Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?

Iman Dan Amal Soleh Boleh dilihat dalam Rukun islam Yang 5 iaitu:

1.   Mengucap dua kalimah syahadah .

2.   Menunaikan solat fardu lima waktu

3.   Berpuasa pada bulan Ramadan

4.   Membayar zakat - Zakat fitrah

5.   Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


 Laporan Disediakan Oleh :

Puan Nor Aini Binti Daud


Program The ESQ Way 165

28 Oct 2016

Staff FTC Yang mengikuti Program ESQ Di Subang Jaya Selangor.

Pihak pengurusan FELCRA Training & Consultancy SDN BHD telah menghantar seramai 42 orang peserta ke Program The ESQ Way 165. Program ini diadakan selama 3 hari bertempat di Summit Hotel, Subang Jaya bagi batch 1 dan di Shah Alam Convention Centre bagi batch 2.

Kursus ini memfokuskan ke arah pembangunan modal insan bagi menjana nilai-nilai murni yang bersifat “intrinsic” seperti kejujuran, keikhlasan, disiplin, kerjasama, tanggungjawab dari dalam diri kakitangan yang amat diperlukan di tempat kerja untuk kecemerlangan syarikat.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan bagi meningkatkan kecerdasan emosional sehingga mampu memimpin dengan berkesan dan mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat sekeliling, meningkatkan kecerdasan spiritual sehingga meningkatkan komitmen terhadap pekerjaan dan mendapatkan kebahagiaan dalam menjalankan tugas serta meluaskan sudut pandang sehingga mampu berfikiran lebih luas dan positif terutama dalam mengambil keputusan dan memimpin.

Kursus ini juga dapat meningkatkan modal insan serta mensinergikan kekuatan intelektual, emosional dan spiritual di kalangan rakan sekerja dan masyarakat yang boleh memberikan nilai tambah serta kualiti kepada produktiviti syarikat.

Laporan Disediakan Oleh :

Cik Fatimah Binti Sulaiman. 


Majlis Penyerahan Mobilepreneur Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup Peringkat Negeri Sabah.

27 Oct 2016



Program Peningkatan Pendapatan (PPP) merupakan satu program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan tegar masyarakat di luar Bandar. Program ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pendapatan isi rumah kumpulan sasar melalui pelaksanaan projek-projek ekonomi.

Kumpulan sasar untuk program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftr dalam bank Data Kemiskinan Nasional (sistem e-kasih) dan Miskin Tegar yang berdaftar dengan sistem maklumat KIR Miskin Tegar iaitu system SPKR.

Skop dan kadar bantuan PPP adalah merangkumi penyediaan bantuan kewangan (Seed Money) dan perkhidmatan pengurusan untuk menjalankan projek-projek ekonomi dan latihan pra-projek setiap peserta .

Terbaru, bantuan PPP telah diperluaskan lagi melalui konsep Mobilepreneur; iaitu perniagaan bergerak menggunakan motosikal yang menawarkan 12 bidang perkhidmatan seperti membaiki kereta dan motosikal, membaiki penghawa dingin, penghantaran makanan dan perkhidmatan rawatan kecantikan. Golongan sasaran untuk Mobilepreneur ini adalah belia dalam lingkungan umur 40 tahun yang berpendapatan rendah.

Pada 27 Oktober 2016, satu Majlis Penyerahan bantuan peralatan Mobilepreneur telah berlangsung di Dewan Sri Lamag, Kota Kinabatangan, Sandakan untuk Negeri Sabah. Seramai 100 orang penerima bantuan peralatan Mobilepreneur hadir dalam Majlis tersebut yang dimulakan dengan kursus Usahawan yang berlangsung pada sesi pagi. Untuk rekod, seramai 20 orang peserta dari 100 orang peserta kursus yang hadir telah menerima bantuan peralatan Mobilepreneur berupa sebuah motosikal dan keperluan lain mengikut bidang perkhidmatan yang dipohon. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Aksyah bin Nasrah, Timbalan Pengarah Seranta FELCRA Berhad menggantikan YB Datuk Bung Moktar bin Radin seterusnya menyempurnakan penyerahan peralatan Mobilepreneur kepada peserta. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar felcra Berhad Wilayah (PBW) Sabah, En. Irman Abok, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kinabatangan dan pegawai-pegawai FELCRA Sabah.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Siti Hajar Binti Abdul Aziz


Program Memanfaatkan Bahan Terbuang di transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti, Bekenu

24 Oct 2016

Pegawai dan kakitangan Yang terlibat untuk Program Waste to Wealth (W2W) di Sibuti, Bekenu

Kursus Waste to Wealth (W2W)merupakan sebuah program yang berasaskan kepada amalan Pertanian Lestari. Program W2W merupakan satu konsep pengurusan sisa yang menjurus kepada konsep pelestarian dan kerjasama antara budaya dan persekitaran setempat akan diterapkan dalam modul program. Manakala program Community Garden merupakan sebuah program Pertanian Asli yang diajar kepada komuniti untuk bertanam secara pertanian berkelanjutan melalui kaedah pertanian asli. Kedua-dua program ini dilihat sebagai satu solusi untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat terhadap pentingnya keseimbangan ekologi yang sihat, hasil tanaman yang bebas dari kandungan bahan kimia dan juga penggunaan sumber alam secara maksima.

Pelaksanaan program W2W di Mini RTC Selangau, sibu merupakan antara latihan kemahiran di bawah peruntukan inisiatif 1 RTC – latihan kemahiran yang dipantau oleh bahagian NKRA KKLW. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat di daerah Bekenu, pekerja sektor kerajaan dan swasta serta komuniti rumah panjang kaum Iban. Program berdurasi selama 2 hari ini diolah mengikut keperluan dan kesesuaian peserta yang terlibat. Konsep penanaman berinovasi didedahkan demi memastikan semua peserta dapat mengaplikasikan konsep tanaman tersebut tanpa mengira keadaan penempatan mereka. Para peserta turut didedahkan dengan ilmu keusahawanan dalam bidang pertanian dan juga kaedah membina rangkaian hubungan sesama golongan yang mengamalkan konsep tanaman sebegini. Program sebegini mendapat pujian dari pihak Komuniti Rumah Panjang kaum Iban kerana ia dapat membantu mereka memastikan hasil kebun yang diusahakan lebih sihat dan baik berbanding sebelum ini. Selain itu juga, para pekerja sector swasta dan kerajaan yang turut hadir dalam majlis ini berharap agar ilmu kursus ini dapat dijadikan salah satu persediaan dalam pelan persaraan mereka. Pihak RTC Sibuti Sarawak berpendapat, kursus Waste to Wealth (W2W) ini merupakan sesuatu yang berbeza dari kursus-kursus yang telah diadakan sebelum ini selain daripada dapat memberi idea-idea segar berkaitan konsep bertani kepada para peserta berbilang usia.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Siti Hajar Binti Abdul Aziz


Program Usrah Bulanan (kerohanian) FTC 2016

21 Oct 2016

Usrah yang disampaikan oleh Tuan Haji Annuar Bin Yahya, bekas Pengarah Urusan FTC.

Pihak pengurusan FTC telah menyusun beberapa Program Latihan Staf sepanjang tahun 2016. Bagi program Oktober 2016, pihak pengurusan telah memanggil Tuan Haji Annuar Bin Yahya, bekas Pengarah Urusan FTC untuk menyampaikan usrah yang bertajuk Kehebatan Solat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kepentingan solat dalam kehidupan kita seharian

Program ini telah diadakan pada 21 Oktober 2016 di Bilik Training, FTC. Seramai 20 staf menghadiri sesi usrah ini. Solat merupakan ibadah yang Allah Ta’ala syariatkan kepada Nabi SAW secara langsung tanpa perantara malaikat. Berbeza dengan kewajiban yang lain yang melalui perantara malaikat. Salah satu kehebatan solat ialah rahmat dan keberkatan bagi orang orang mukmin


Dari Ummi Farwah r.h berkata : 
Rasulullah SAW telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang terafdhal? 
Baginda menjawab : 
Solat diawal waktu. 
(HR Abu Daud)

Disetiap gerakan dalam solat mengandungi banyak manfaat bagi kesihatan tubuh badan, iaitu : Gerakan-gerakan dalam sholat mampu melakukan regangan atau streching untuk melenturkan tubuh dan kelancaran aliran darah didalam tubuh, memudahkan proses bersalin, kesuburan bagi wanita, dan pada saat sujud, posisi jantung berada diatas otak, yang menyebabkan darah bercampur dengan oksigen yang akan mengalir secara maksimum ke otak. Aliran darah ini akan mempengaruhi pada daya memikiran seseorang.

Laporan Disediakan Oleh :
Puan Nor aini binti Daud


Program Waste To Wealth (W2W) di Giat MARA Selangau, Sibu, Sarawak

19 Oct 2016

Pegawai dan kakitangan Yang terlibat untuk Program Waste to Wealth (W2W) Sarawak berlangsung di Giat MARA Selangau, Sibu Sarawak.

Kursus Waste to Wealth (W2W)merupakan sebuah program yang berasaskan kepada amalan Pertanian Lestari. Program W2W merupakan satu konsep pengurusan sisa yang menjurus kepada konsep pelestarian dan kerjasama antara budaya dan persekitaran setempat akan diterapkan dalam modul program. Manakala program Community Garden merupakan sebuah program Pertanian Asli yang diajar kepada komuniti untuk bertanam secara pertanian berkelanjutan melalui kaedah pertanian asli. Kedua-dua program ini dilihat sebagai satu solusi untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat terhadap pentingnya keseimbangan ekologi yang sihat, hasil tanaman yang bebas dari kandungan bahan kimia dan juga penggunaan sumber alam secara maksima.

Pelaksanaan program W2W di Mini RTC Selangau, sibu merupakan antara latihan kemahiran di bawah peruntukan inisiatif 1 RTC – latihan kemahiran yang dipantau oleh bahagian NKRA KKLW. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Giat MARA Selangau dan penduduk setempat di Selangau. Program berdurasi selama 2 hari ini diolah mengikut keperluan dan kesesuaian peserta yang terlibat. Konsep penanaman berinovasi didedahkan demi memastikan semua peserta dapat mengaplikasikan konsep tanaman tersebut tanpa mengira keadaan penempatan mereka. Para peserta turut didedahkan dengan ilmu keusahawanan dalam bidang pertanian dan juga kaedah membina rangkaian hubungan sesama golongan yang mengamalkan konsep tanaman sebegini. Program sebegini mendapat pujian dari pihak Giat MARA Selangau kerana ia merupakan sesuatu yang berbeza dari kursus-kursus yang telah diadakan sebelum ini selain daripada dapat memberi idea-idea segar berkaitan konsep bertani kepada para peserta berbilang usia.

Laporan Disediakan Oleh :
Cik Siti Hajar Binti Abdul Aziz


Rakyat miskin disaran daftar e-Kasih

31 Aug 2016

Mohd. Tajudin Abdullah (tiga dari kanan) dan Rohaizat Ahmad (dua dari kanan) bersama penerima bantuan usahawan Mobilepreneur dalam Majlis Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Mobilepreneur di Sik,Kedah, baru-baru ini.

SIK 30 Ogos - Rakyat miskin di negeri ini disaran mendaftar dalam sistem e-Kasih bagi mengikut Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Mobilepreneur untuk membaiki taraf hidup de­ngan menjadi usahawan berge­rak.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­­­­­ne­rangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, menerusi program itu mereka berpeluang mengikuti kursus yang dianjurkan Felcra Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC), untuk keluar daripada kepompong kemis­kinan.

“Program ini merupakan ini­siatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membantu masyarakat luar bandar meningkatkan pendapatan dengan menjadi usahawan bergerak.

“Mereka yang terpilih meng­ikuti program ini akan diberi bimbingan dan bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin rumput dan motosikal bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara mobile,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan PPP Mobilepreneur Peringkat Negeri Kedah di Dewan UMNO Bahagian Sik, baru-baru ini.

SEE MORE.




ftc tumpu lahirkan lebih ramai usahawan

25 Apr 2016

 
Dari kiri Wan Nur Amni Wan Zaidi, Nurul Fazilah Zainal Abidin dan Siti Fatimah Esa antara pelatih yang menerima latihan sebagai pengelola Akademi Kecantikan I Salon dari Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. di Medan Niaga Rampai, Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan/ NOOR AZLINA JAAFAR 

KETIKA melangkah masuk ke I Salon and Spa yang terletak di Jalan Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai di Kuala Lumpur, baru-baru ini, dua gadis muda ­menyambut ke­datangan kami. Senyuman tidak lekang dari bibir mereka malah gaya mereka yang kemas meyakinkan ­pelanggan untuk mendapatkan khidmat di spa tersebut walaupun mereka masih muda.

Mereka baharu berusia awal 20-an namun bayangkan Wan Nur Amni Wan Zaidi,24, Nurul Fazilah Zainal Abidin,22 sudahpun bergelar usahawan spa dan salon. Kemudian seorang lagi gadis muda, Siti Fatimah Esa,26 menyertai mereka di salun tersebut. Dia juga seperti Wan Nur Amni dan Nurul Fazilah menjadi bos di sebuah salun yang di­usahakan di Johor.
Siapa sangka mereka itu dahulu­nya hanya bergelar bekas pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dalam bidang salun dan spa yang dikelolakan oleh Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd.(FTC).
Namun kini, berkat usaha dan keazaman untuk memajukan diri dan dengan hasil bantuan FTC mereka mampu memperoleh pendapatan lumayan dan berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.
Mengikut rekod sejak program itu dimulakan pada 2006, hampir 13,000 golongan berpendapatan rendah berusia antara 18 hingga 35 telah mengikuti program PLKK. Bagaimanapun, jumlah pelatih yang mengikuti program tersebut men­jadi usahawan masih lagi kurang jika dibandingkan dengan jumlah pe­nyertaan pelatih iaitu sekitar 2,000 orang di seluruh negara.
Pengarah Urusan FTC, Rohaizat Ahmad berkata, pada masa ini ­melahirkan pelatih yang mempunyai kemahiran semata-mata tidak mencukupi disebabkan itu FTC kini lebih menekankan untuk melahirkan usahawan-usahawan baharu.
Katanya, usahawan-usahawan yang mahu dilahirkan itu pula bukan orang lain, mereka ialah bekas-bekas pelatih dalam pelbagai bidang yang pernah mengikuti program PLKK.
Rohaizat memberitahu, pada 2016 ini, FTC mahu menumpukan ­usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada mereka yang mengikuti program PLKK. 
Katanya,FTC menyasarkan untuk melahirkan antara 80 hingga 100 usahawan dalam tempoh setahun.


SAMBUNG BELAJAR MENJELANG 2017

24 Nov 2015

ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada sebahagian daripada 284 penerima sijil Graduasi Program Latihan Kemahiran di Auditorium Wisma Felcra, Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalamUTUSAN/ZAINI HUSIN 

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Para pelajar yang mempunyai sijil atau diploma dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bakal mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti awam tempatan menjelang 2017.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai perkara itu dan pihaknya diminta supaya menyediakan kertas kerja yang lebih terperinci mengenai perkara itu.
Katanya, beliau berharap keputusan perbincangan antara dua kementerian itu boleh dirumuskan selewat-lewatnya pada tahun depan dan kemasukan pelajar ke universiti awam tempatan dapat dilaksanakan pada 2017.
“Kebiasaannya para pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET tidak memiliki atau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka hanya layak meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran di peringkat sijil tahap satu, dua, tiga atau diploma di kolej-kolej atau pusat latihan.
“Pelajar-pelajar ini kemudiannya akan bekerja, sama ada makan gaji atau menjalankan perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada mereka yang masih mempunyai minat untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dan lebih tinggi, tetapi tidak berpeluang kerana syarat asas untuk ke universiti perlu memiliki kelulusan SPM,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis graduasi Sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Sesi 2014/2015 di Auditorium Felcra Berhad (Felcra), Jalan Setapak di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Felcra Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC), Datuk Fattah Abdullah dan dua Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Ismail Kasim serta Datuk Baharom Mohamed.


FTC BIMBING 70 MANGSA BANJIR JADI USAHAWAN

23 May 2015

AHMAD ZUBIR ABD. GHANI (tengah) bersama penerima peralatan pada Program Peningkatan Pendapatan di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMAD

NOR KOTA BHARU 22 Mei – Sebanyak 70 mangsa banjir besar yang berpendapatan rendah di negeri ini berpeluang mengubah nasib diri dan keluarga selepas terpilih mengikuti Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). 

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Zubir Abd. Ghani berkata, program latihan kemahiran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM700,000 dan dikendalikan oleh Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC).
“Kesemua 70 peserta program PPP terdiri daripada mangsa banjir yang dikenal pasti melalui pejabat daerah masing-masing. Kita harap program ini dapat membantu meringankan beban dan menaikkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan selepas dilanda musibah.
“Selain itu, program ini juga akan membantu mereka menjadi usahawan luar bandar, sekali gus meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga masing-masing,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peralatan PPP - SPKR serta Peruntukan Tambahan di sini, semalam.
Yang turut hadir Pengarah Urusan FTC, Rohaizat Ahmad dan Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd. Azahan Samad.
Mengulas lanjut, Ahmad Zubir memberitahu, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), sebanyak RM54 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan PPP dengan jumlah peserta telah mencecah 6,290 orang.


Bantu usahawan lonjak pendapatan

03 Apr 2015

MOHD. TAJUDIN ABDULLAH (tengah) bersama para peserta pada majlis penyampaian sijil PLKK dan penyerahan peralatan jahitan oleh Felcra Trading & Consultancy Sdn. Bhd. di Kodiang, Kedah, semalam. UTUSAN/ISMAL KAMADIN

KUBANG PASU 2 April - Sebanyak 45 peserta program latihan kemahiran dan kerjaya yang dijalankan oleh Felcra Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC) berpeluang meningkatkan pendapatan dan menjadi usahawan jika mereka rajin berusaha. Pengarah Urusan FTC,

Rohaizat Ahmad berkata, 32 peserta dari Kedah dan 13 pula dari Perlis itu mengikuti kursus jahitan selama enam bulan secara percuma oleh FTC dan dibekalkan mesin jahit di bawah pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. 
"Peserta kursus jahitan ini dibahagikan dalam dua kelompok iaitu 20 orang akan beroperasi di Pusat Kecemerlangan Setempat di Kodiang yang dijadikan pusat komuniti manakala yang selebihnya akan bekerja di rumah.
"Kita akan bantu para peserta ini mendapatkan tempahan pakaian korporat dan melalui cara ini ada jaminan pendapatan untuk para peserta yang mengikuti latihan kemahiran dan kerjaya ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan peralatan jahitan PPP dan penyampaian sijil program latihan kemahiran dan kerjaya di Pusat Kecemerlangan Setempat di Kodiang di sini hari ini.
Yang hadir merasmikan majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah.


Rejuvenasi Lahad Datu fokus pembangunan minda

16 Mar 2015

Alexander Nanta Linggi (tiga dari kanan) mendengar penerangan Alexander Nanta Linggi (tiga dari kanan) mendengar penerangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika melawat pameran ATM dalam Program Pembangunan Modal Insan: Rejuvenasi Lahad Datu di Lahat Datu, Sabah, kelmarin.

LAHAD DATU 15 Mac – Program Rejuvenasi Lahad Datu yang diketengahkan kerajaan meletakkan fokus dan sasaran untuk membangunkan minda serta sikap positif dalam kalangan penduduk di kawasan serta daerah ini. 

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, usaha melalui kementerian terbabit sebagai memberi nafas baharu selepas Lahad Datu digemparkan dengan pencerobohan pengganas dua tahun lalu.
Hal demikian kerana jelasnya, peristiwa itu masih lagi dirasai sehingga menjejaskan penduduk dari aspek keselamatan, ekonomi dan emosi. 
“Mengambil konsep ‘rejuvenation’ (memberikan nafas baharu), program ini direncanakan dengan hasrat mengembalikan semula kegemilangan Lahad Datu melalui impak perubahan yang lebih baik dari segi pemikiran, emosi dan jati diri penduduk setempat. 
“Kita turut menitikberatkan pembangunan minda dengan pendedahan dan kerohanian melalui ceramah motivasi di samping elemen-elemen lain seperti pengekalan kebahagian dan kecemerlangan negara di samping pendedahan penjagaan kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Modal Insan: Rejuvenasi Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha dekat sini semalam.


Copyright 2015 © FELCRA Training & Consultancy